Saturday, September 4

Nasib orang Melayu

Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun


Raja Muhammad Idzham, berjalan keluar selepas dijamin oleh ibunya (belakang), manakala Raja Muhammad Faisal masih ditahan dalam lokap sementara selepas mereka didakwa membakar sebuah gereja di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Dua beradik masing-masing dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka didapati bersalah melakukan khianat dengan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada Januari lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Bagaimanapun, hakim tersebut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dengan syarat tambahan, jaminan dinaikkan kepada RM20,000 setiap seorang.

Tertuduh-tertuduh didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut di Gereja Metro Tabernacle, Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini pada pukul 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Komathy dalam alasan penghakimannya menyifatkan keterangan kedua-dua tertuduh tidak konsisten serta bercanggah di antara satu sama lain.

“Saksi pendakwaan, Dr. Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan tertuduh memberitahunya dia mendapat kebakaran itu ketika membakar sampah.

“Tetapi ketika di mahkamah, tertuduh pertama, Raja Muhammad Faizal menyatakan dia terbakar ketika menghidupkan api untuk jamuan barbeku di rumah rakannya iaitu Mohd. Hamizan Zainal Abidin,’’ kata beliau.

Menurut Komathy, keterangan berkaitan kebakaran kayu api pada jamuan barbeku adalah rekaan semata-mata dan keterangan Mohd. Hamizan hanya melemahkan keterangan tertuduh.

Katanya, dalam kenyataan yang direkodkan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Hanis Abdul Wahab beberapa bulan lalu, Mohd. Hamizan sendiri memberitahu pegawai polis itu bahawa tertuduh cedera ketika membakar sampah di rumahnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi dan Lailawati Mohd. Ali manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hashim.


blogger berpendapat:

Kita sebenarnya kejam dgn diri kita sendiri. kejam dgn orang sendiri. kalau kita check balik sejarah, yg jd TALI BARUT tuh org MELAYU gak. so, mmg org Melayu la yg jatuhkan Melayu. Xkan ttbe lak negro. kan???

No comments:

Post a Comment