Thursday, February 28

Inspirasi


Nama saya Mohd Shahidin bin Mohamad. Saya berusia 29 tahun dan kini telah berumah tangga dengan Siti Nurain binti Ahmad serta mempunyai seorang anak perempuan bernama Hannah Sofiyyah berusia setahun 9 bulan. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata.
Umum mengetahui kemungkinan besar lebih 30% masyarakat di Malaysia mempunyai masalah dengan berat badan. Dengan kata lain, seorang daripada 3 orang di Malaysia mengalami masalah berat badan. Saya juga tidak terlepas dari menjadi ‘mangsa’ statistik ini. Dengan ketinggian 164 cm, berat saya pernah mencecah 76 kg. Walaupun masih belum lagi mencecah tahap obese, tapi ia tetap overweight.

Berat saya pernah mencecah 76 kg.
Berat saya pernah mencecah 76 kg.

Pelbagai usaha diet dan senaman gagal! Ia memang merisaukan saya dan pelbagai usaha telah saya lakukan untuk mengurangkan berat badan tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Pelbagai diet dan senaman telah saya lakukan, tetapi berat tetap tidak turun. Setelah mencuba banyak kali dan gagal, saya akhirnya seakan mengalah dan putus asa.
…saya menyertai aktiviti mendaki gunung Tahan. Akibat tidak fit dan overweight, saya tercedera pada hari pertama…
Rasa putus asa ini memang menebal sehinggalah pada suatu hari saya menyertai aktiviti mendaki gunung Tahan. Akibat tidak fit dan overweight, saya tercedera pada hari pertama pendakian dan saya tidak dapat menghabiskan pendakian mengikut perancangan asal. Saya berasa sangat kecewa dan sedih. Kejadian ini memang membuka kembali niat saya untuk mengurangkan berat badan dan Alhamdulillah saya dijodohkan dengan ebook Kevin yang bertajuk Cara Menurunkan 5kg Dalam 5 minggu.

eBook Kevin Zahri
eBook Kevin Zahri

eBook Kevin ini banyak membuka mata saya mengenai beberapa perkara asas dalam mengurangkan berat badan. Antaranya seperti:
  • Apakah BMR?
  • Berapa banyak kalori diperlukan oleh badan kita untuk 1 hari? (DCR)
  • Berapa banyak kalori perlu dibakar untuk mengurangkan 1 kg?
  • Bagaimana mewujudkan keadaan kalori defisit untuk mengurangkan berat badan?
  • Rehat dan tidur yang cukup amat penting dalam mendapatkan berat badan yang ideal.
…Pada mulanya memang ada beberapa perkara yang agak sukar diamalkan seperti mencatat segala makanan yang diambil pada setiap hari. Tetapi setelah hari-hari diamalkan, ia telah menjadi kebiasaan…

Senaman HIIT

Di samping mengamalkan pemakanan seperti yang disarankan dalam eBook tersebut, saya juga turut mengamalkan senaman High Intensity Interval Training (HIIT) seperti Tabata dan Complex Training (sudah tentu Rebekah Borucki menjadi model ikutan dalam sesi tabata saya ;)).
Senaman HIIT ini memang amat simple tetapi memberikan kesan kepada pembakaran lemak walaupun berjam-jam selepas senaman dilakukan.

Baju bukan XL tapi M. Saiz seluar cuma 31 sekarang.
Baju bukan XL tapi M. Saiz seluar cuma 31 sekarang.

Setelah 2 bulan mengamalkan eBook tersebut, Alhamdulillah saya telah berjaya mengurangkan 12kg (berat sekarang 64kg) dan saya rasa semakin hari semakin sihat dan fit. Saya juga telah berjaya mengawal pemakanan sihat secara neutral tanpa mencatat segala makanan yang saya ambil setiap hari. Senaman HIIT juga telah saya kurangkan dan saya cuba untuk mengekalkan bentuk badan dengan cara yang neutral iaitu dengan mengamalkan gaya hidup aktif seperti berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.

Dari baju saiz XL ke M

Saya rasa lebih gembira dengan berat badan sekarang walaupun terpaksa berbelanja dengan lebih banyak untuk membeli pakaian baru. Pakaian lama semua dah besar?. Saiz seluar dah mengecil dari 35 ke 31. Baju pula dari saiz XL ke M. Saya anggap membeli baju baru itu sebagai reward kepada diri saya setelah mencapai matlamat yang diidamkan.

Rahsia Saya Menurunkan Berat Badan?

Ramai yang tanya saya mengenai rahsia menurunkan berat badan, memang tak terjawab semuanya. Ada yang kata saya minum susu itu dan ini untuk kurus, tapi hakikatnya semuanya adalah kerja keras.

Nasihat saya kepada yang ingin kurangkan berat:
  1. Tiada jalan pintas untuk berubah.
  2. Mengambil supplement tidak akan menurunkan berat badan anda secara normal dan berterusan, melainkan anda mengubah tabiat pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif.
  3. Usah membazir duit dengan membeli makanan tambahan yang berharga ratusan ringgit tanpa mengenali tubuh badan anda terlebih dahulu.
  4. Beli sahaja eBook Kevin yang harganya hanya RM40 atau RM60 tetapi nyata akan menambah pengetahuan anda semua.
  5. Bak kata pepatah ‘Knowledge is power’.
Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Kevin kerana tanpa anda, tak mungkin saya akan capai kejayaan ini. Juga jutaan terima kasih kepada idola saya iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil yang sentiasa menjadi ikutan dan contoh saya dalam mengurangkan berat badan. Menjadi impian saya supaya satu hari nanti saya juga akan menjadi certified personal trainer dan membantu orang lain dalam mencapai berat badan yang ideal.
…‘Train like an athlete, eat like a nutritionist, sleep like a baby, and you will win like a champion’…

AK: Aku rasa inspired sgt2 sbb die punya berat n tinggi sama dgn aku. Harap2, aku dapatlah mengurangkan lebihan2 berat kat badan aku nie.

No comments:

Post a Comment