KIL. Punya cerita dalam cerita. Kisah hidup suka duka, tekanan perasaan, masalah mental, penyakit jiwa. Semuanya ada dlm filem nie. Kisah mengenai Akil yg ingin membunuh diri kerana xsanggup nk menghadapi masa depan. Pelbagai cara telah dicuba, katakan saja. Kelar tangan, lompat bangunan, pasang paip kat ekzos kereta dan sedut asap tu. Tp masih lagi xberjaya utk bunuh diri.
Ketika sedang asyik menghisap rokok lorong belakang kedai, ada satu iklan berbunyi:
"INGIN BUNUH DIRI"
Hubungi: 0xx-30xxx89x
Life Action Bureau (LAB)
Akibat terlalu asyik memikirkan ttg bunuh diri, Akil telah nekad utk mengakhiri riwayatnya dgn mengupah LAB utk "membunuh"nya.
Dalam waktu yg sama, muncul seorang wanita cantik + comel bernama Zara menjadi teman. Sekadar berkenalan di KTM, terus berkawan dan bersembang. Hati pon mula terpaut.
Biasalah, manusia bila ade tujuan hidup, ade org yg disayangi. Diri terasa dihargai. Justeru, sesalan akibat mengupah org membunuh diri sendiri sudah bertukar. Betullah kata orang, "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia".
Akil mahu membatalkan kontrak pembunuhan dirinya. Tetapi sayang, pihak LAB tetap dengan keputusan mereka iaitu utk membunuh Akil.
Apekah yg terjadi selepas itu? Adakah Akil akan dibunuh? Siapakah Zara sebenarnya? Jeng jeng jeng
AK: Xkan la aku nk share kat sini kowt. Aku dah tgk dah movie nie sabtu lepas. Terbaek. Jalan cerita, Cinematography yg cantik. Pelakon dan ekspresi muka yg "mahal". Sokonglah industri tempatan.
No comments:
Post a Comment