Saturday, September 4

semoga kau aman dan tenang di sana.amin!

AHMAD AKHTAR BIN NORDIN.
anak, abang, ustaz, abi, sahabat dan juga kekasih.
telah pergi menghadap Ilahi pada 3 sept 2010.
berikut merupakan petikan akhbar Sinar Harian.


DUA MAUT TERSEPIT DALAM KERETA

AYER BALOI - Akibat hilang kawalan, kereta yang dinaiki pasangan muda di laluan Kilometer 74 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini terbabas lalu melanggar sebuah lori di laluan bertentangan.

Pelanggaran itu menyebabkan pemandu kereta, Ahmad Akhtar Mohd Nordin, 21 dan penumpangnya, Siti Bidadari Ahmad Ghazali, 17, tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian di selekoh bahaya selepas jambatan Ayer Baloi berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang itu dipercayai kedua mangsa dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat manakala lori terbabit menuju ke arah Pontian.

Pegawai Penyiasat Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPDP) Pontian, Inspektor Suffian Sulong berkata, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu sudah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Pontian untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori yang membawa muatan tanah merah itu dilaporkan selamat,” katanya.


blogger yang menerima berita sedih tersebut pada jam 11.30 mlm semalam terkejut dan x percaya langsung. blogger terus menelefon sahabat2 yg rapat dgn arwah utk membuat kepastian. blogger yg baru bercadang utk keluar jmpa + lepak ngan arwah mmg ingin menghubungi beliau. ttp, berita sedih yg menjelma. siang tadi, arwah dibawa pulang ke buloh kasap untuk disemadikan di tanah perkuburan bukit keman, buloh kasap. semoga beliau pergi dan tergolong dalam golongan orang soleh dan dicucuri rahmat ke atasnya. AMIN.

AL-FATIHAH.

1 comment: