Wednesday, February 17

esok nak balik segamat + buat pasport!

esok hari rabu. aku nak blik segamat sampai hari khamis. atas alasan nak wat pasport. actually, aku nak jmpe adik aku. lame gak la xjmpe die. lgpon die ngah cuti sem nie. aku pon dpt jmpe die kjap ok la.

Pasport Malaysia Antarabangsa untuk Tempoh 2 Tahun dengan Kadar Bayaran RM100

Kelayakan

Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia. (yeah! aku org malaysia)

Jenis Permohonan

Permohonan untuk PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun hanya diberi kepada kategori berikut sahaja:


· Permohonan kali pertama (aku 1st tyme nie nak wat)
· Gantian beserta buku

Nota

Tidak termasuk kes kehilangan/kerosakan. (xpenah wat cmne ley ilang or rosak)

Bagi permohonan gantian PMA kerana kes kehilangan atau ada kes siasatan yang diberi kelulusan dengan tempoh sahlaku yang dihadkan, pemohon perlu membayar harpa pasport dengan kadar biasa iaitu RM300.00 untuk pasport 32 mukasurat atau RM600 untuk pasport 64 mukasurat. (ok2, aku tau. pasport tuh kene jaga leklok)

Tempat memohon

Permohonan boleh dikemukakan di kaunter di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia (termasuk Ibu Pejabat, Putrajaya). (naseb baek kat SEGAMAT ade pejabat imigresen.xyah g jauh2)

Kemudahan ini tidak disediakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di Seberang Laut.

Tempoh Sahlaku

Sahlaku selama 2(dua) tahun dari tarikh dikeluarkan. (ko kene igt anep, DUA tahun je sah)

Pemohon yang memilih untuk menggunakan PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun tidak akan diberi Lanjutan Tambah Tempoh (LTT) semasa memohon pasport gantian yang belum tamat tempoh sahlakunya.

Bayaran

RM100.00 sahaja. (nie yg aku syg MALAYSIA nie.harga pasport da makin murah.ahaha.syukur2)

Bagi pelajar yang mendapat tawaran belajar di luar negara dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dikenakan kadar bayaran sebanyak RM 100.00.

ok.post nie da abes.moga2 senang la urusan aku masa nak wat nti.k2.aku nak tido da nie.

1 comment: