Wednesday, December 1

semester akhir dah??

phew! kejap giler la. aku tggal lagi 1 sem je kat uniten nie. nie pon da msuk hari ke-3 sem nie start. hurm, pasnie kena la g praktikal n keje. hoi2. kejap giler ko da abes blaja beb.

result da kuar da. biase la, da dapat result baru la " la, aku igtkan dpt B+ td. kedekut siot lecturer tuh bg markah". <----- ayat standard! ahaha.

sem nie byk yg berubah. aku pon xtau nape berubah.
1. housemate da kuar rumah. duk luar.
2. roomate duk ngan housemate lg satu.
3. aku duk sorg2 dalam bilik.
4. housemate yg sorg tuh da x group ngan aku utk group assgment.

whatever it is, aku pon xtau la nape bende2 nie jd cmnie. maybe ade sebab la kowt. hurm, hopefully aku pt achieve ape yg aku nak dlm masa yg terdekat nie. huhuh. AMIN!

Thursday, November 18

raya korban, raya haji, raya aidiladha & .......


selamat hari raya utk semua pembaca blog nie. hurm, nie nak share sket la pasal raya aidiladha nie. sempena raya ari nie kan?? biasanye raya haji nie mmg AK xsambut sgt pon. kalo ye pon setakat hari 1st je. tuh pon sampai tgh hari je. ahaha. ye la, org wat korban kan pg. so, lpas da setel sumer, kire abes la.ahaha.

Thursday, November 11

ibu kena kapak!

Bertakbir dikapak anak



Oleh Zaitie Satibi


TERPENGARUH...Halim menunjukkan buku yang sering dibaca anaknya sebelum kejadian.

PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga kedai runcit, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini selepas pendarahan teruk di kepala.

Suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik ditahan anggota Rela di belakang rumah seorang penduduk kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut Halim, ketika kejadian dia berehat di ruang tamu rumah sambil melayan cucu perempuannya berusia tiga tahun, manakala anak bongsunya, Amira, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Maran, yang bercuti semester berada di dapur membancuh susu untuk kanak-kanak itu.

“Saya bermain dengan cucu, manakala isteri saya berada di beranda untuk mengangkat jemuran di ampaian sejurus pulang selepas menutup kedai runcit kami yang terletak berhampiran rumah.

“Tidak lama kemudian saya dengar enjin kereta anak lelaki saya yang baru balik daripada menemui rakannya. Selepas itu, saya mendengar suara isteri bercakap dengan anak dalam keadaan cemas sebelum disusuli bunyi benda jatuh diiringi jeritan Allahuakbar sebanyak dua kali,” katanya.

Halim yang ditemui di bilik mayat Hospital Pekan (HP) di sini, semalam berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki perkara buruk berlaku dan beranggapan bunyi itu mungkin bunyi besen pakaian kering terjatuh.

“Kira-kira 10 minit kemudian baru saya teringat arwah bertakbir. Saya dan Amira keluar ke beranda untuk memeriksa keadaan selepas timbul rasa tidak sedap hati.

“Kami terkejut apabila menemui arwah terlentang di lantai dengan kepalanya berlumuran darah, manakala anak lelaki saya sudah beredar dari beranda,” katanya.

Halim berkata, dia memangku isterinya sambil menjerit meminta pertolongan jiran manakala anak bongsunya bergegas ke rumah tetangga bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika itu, arwah masih bernafas, tapi sangat perlahan. Saya cuba mengajarnya mengucap, namun dia sudah tidak mampu bercakap dan hanya terdengar bunyi pernafasannya turun naik.

“Jiran juga sudah ramai mengerumuni. Mereka membalut kepala arwah yang luka terkena tetakan sebelum seorang daripada mereka menolong menghantar arwah ke klinik.

“Sebelum bertolak ke klinik, saya meminta bantuan penduduk memanggil anggota Rela untuk mencari anak saya kerana bimbang dia akan melakukan perbuatan lebih buruk,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan ke klinik, isterinya menggenggam erat tangannya dan pada masa sama dia pula tidak henti-henti meminta wanita itu bertahan.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan sebaik kami tiba di klinik, dia perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan saya dan menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat sedih dengan pemergiannya kerana dia isteri yang sangat baik dan taat. Sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bertengkar kerana lebih suka menyelesaikan masalah dengan berbincang hati ke hati,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi peneroka.

Ditanya mengenai tindakan kejam anak lelakinya itu, Halim berkata, dia tidak menyangka anaknya tergamak membunuh ibu sendiri sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan sebarang masalah.

Katanya, anak lelakinya yang sekadar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya membantunya di ladang, selain pernah menjadi pembanci sementara dalam bancian negara, baru-baru ini.

“Kedua-duanya tiada perselisihan faham, malah dia juga anak kesayangan isteri saya.

“Sebelum kejadian, anak saya yang bersikap pendiam tidak menunjukkan keganjilan dan bersikap seperti biasa menyebabkan kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

“Saya menyedari dia suka membaca buku perkara tahyul sejak sebulan lalu. Saya pernah meminta isteri memeriksa kandungan buku yang selalu dibaca itu kerana saya tidak tahu membaca.

“Menurut arwah, buku itu mengandungi amalan yang tidak boleh diikut umat Islam. Saya tidak tahu bagaimana anak saya boleh terpengaruh ajaran demikian dan dari mana dia mendapatkan buku itu,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata, arwah ibunya pernah beberapa kali memberitahu sikap abangnya itu yang suka membaca buku mengenai makhluk halus.

“Emak pun tidak tahu bagaimana abang boleh terjebak ajaran demikian kerana dia tidak pernah menceritakan kegiatannya kepada keluarga.

“Ketika menemui emak dalam keadaan berlumuran darah di beranda, saya sudah dapat meneka ia perbuatan abang kerana nampak abang berjalan selamba keluar dari kawasan rumah sambil memegang kapak pemotong buah kelapa sawit,” katanya.

cuti di akhir semester!

percutian di rumah terchenta mmg sudah lama bermula. masuk hari ini, sudah 4 hari aku berada di rumah. hurm, org tnye. ko watpe kat umah?? aku duk umah je. pergh! bosan giler hidup ko. mmg la bosan beb. da kalo duit $$$$ xde. kalo ade duit, xde makna nye aku duk umah. mesti merayap gi mana2. haha. 

duk umah nie pon ade keje + misi yang kena setelkan. so far, aku still lagi x dapat setelkan. ye la, byk sgt halangan nye. sdgkan nak ngadap laptop pon xtentu, nie nak wat bende tuh. [ da tuh ko wat mende seyh kat umah???]

haaa, itu yang kita xtau tuh, hahaha. ape kes disini ingin menyatakan ape yg terlintas di fikiran. ahaha. tuh saje. k la korg. may your day become happy and enjoyable! ahaha. (",)

Friday, November 5

aku mahu cuti!


percutian merupakan suatu nikmat yg tidak terperi.aku mmg TERINGIN giler nak g tmpat nie.tapi xtau la biler.fuh! tgk kat gmbar mmg lawa abes. tp xtau la kat sana cmne.
PULAU SIPADAN.I WANT TO GO THERE!

Friday, October 29

entri tiada tajuk!

lama sudah hamba tidak ber-blog nie. al maklum la. internet pon laju amat. nie pon seb baek ade member kasi pnjam broadband. hope so, line elok la. huhu. sekarang nie musim exam. aku da abes 3 paper. lg 3 paper je blom jawab. so far, aku mmg boleh jawab la. tp jawab je la. betul blom tau lg. janji kita da jawab. hurm, ape tajuk entri yang sesuai ea?? aku pon xtau sgt.ye la. bak kata org, kalo da lama x update blog nie, mmg jadi lemb sket la. ahaha.

ape kes beb??

Wednesday, September 8

sibuk sgt ke smpai boleh terlepas pandang???

Iklan Raya: TV3 mohon maaf

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.

ape kes:

saya kekadang xpaham la. cmne la bende2 cmnie ley terlepas pandang. yela, nampak sgt kita nie terlalu amik mudah atas sesuatu bende. da la iklan tuh org bukan ISLAM yg buat. dorg mane tau ape. so, kita yang tau nie la kene prihatin terhadap bende2 cmtuh.

Saturday, September 4

semoga kau aman dan tenang di sana.amin!

AHMAD AKHTAR BIN NORDIN.
anak, abang, ustaz, abi, sahabat dan juga kekasih.
telah pergi menghadap Ilahi pada 3 sept 2010.
berikut merupakan petikan akhbar Sinar Harian.


DUA MAUT TERSEPIT DALAM KERETA

AYER BALOI - Akibat hilang kawalan, kereta yang dinaiki pasangan muda di laluan Kilometer 74 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini terbabas lalu melanggar sebuah lori di laluan bertentangan.

Pelanggaran itu menyebabkan pemandu kereta, Ahmad Akhtar Mohd Nordin, 21 dan penumpangnya, Siti Bidadari Ahmad Ghazali, 17, tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian di selekoh bahaya selepas jambatan Ayer Baloi berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang itu dipercayai kedua mangsa dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat manakala lori terbabit menuju ke arah Pontian.

Pegawai Penyiasat Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPDP) Pontian, Inspektor Suffian Sulong berkata, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu sudah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Pontian untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori yang membawa muatan tanah merah itu dilaporkan selamat,” katanya.


blogger yang menerima berita sedih tersebut pada jam 11.30 mlm semalam terkejut dan x percaya langsung. blogger terus menelefon sahabat2 yg rapat dgn arwah utk membuat kepastian. blogger yg baru bercadang utk keluar jmpa + lepak ngan arwah mmg ingin menghubungi beliau. ttp, berita sedih yg menjelma. siang tadi, arwah dibawa pulang ke buloh kasap untuk disemadikan di tanah perkuburan bukit keman, buloh kasap. semoga beliau pergi dan tergolong dalam golongan orang soleh dan dicucuri rahmat ke atasnya. AMIN.

AL-FATIHAH.

Nasib orang Melayu

Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun


Raja Muhammad Idzham, berjalan keluar selepas dijamin oleh ibunya (belakang), manakala Raja Muhammad Faisal masih ditahan dalam lokap sementara selepas mereka didakwa membakar sebuah gereja di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Dua beradik masing-masing dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka didapati bersalah melakukan khianat dengan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada Januari lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Bagaimanapun, hakim tersebut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dengan syarat tambahan, jaminan dinaikkan kepada RM20,000 setiap seorang.

Tertuduh-tertuduh didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut di Gereja Metro Tabernacle, Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini pada pukul 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Komathy dalam alasan penghakimannya menyifatkan keterangan kedua-dua tertuduh tidak konsisten serta bercanggah di antara satu sama lain.

“Saksi pendakwaan, Dr. Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan tertuduh memberitahunya dia mendapat kebakaran itu ketika membakar sampah.

“Tetapi ketika di mahkamah, tertuduh pertama, Raja Muhammad Faizal menyatakan dia terbakar ketika menghidupkan api untuk jamuan barbeku di rumah rakannya iaitu Mohd. Hamizan Zainal Abidin,’’ kata beliau.

Menurut Komathy, keterangan berkaitan kebakaran kayu api pada jamuan barbeku adalah rekaan semata-mata dan keterangan Mohd. Hamizan hanya melemahkan keterangan tertuduh.

Katanya, dalam kenyataan yang direkodkan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Hanis Abdul Wahab beberapa bulan lalu, Mohd. Hamizan sendiri memberitahu pegawai polis itu bahawa tertuduh cedera ketika membakar sampah di rumahnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi dan Lailawati Mohd. Ali manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hashim.


blogger berpendapat:

Kita sebenarnya kejam dgn diri kita sendiri. kejam dgn orang sendiri. kalau kita check balik sejarah, yg jd TALI BARUT tuh org MELAYU gak. so, mmg org Melayu la yg jatuhkan Melayu. Xkan ttbe lak negro. kan???

apa nak jadi ngan orang Melayu???

Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

NONETurut hadir, pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya, beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

NONEYeow berkata, beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya mengatur pertemuan ini supaya mereka yang terbabit memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lalu, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

- Bernama

ENJOY LIFE :
kkdg kite kene sedar yg org melayu da xkuat cam dulu lg.
tgk contoh camnie la. dlm erti kata lain, org ISLAM da xkuat.
cmne la boleh org CINA baling botol arak n simbah cat kat surau.
hey! come on la. tuh surau kowt. bukan nye tandas awam yg nak di 'vandal'.
aku xpaham tol ngan pentadbir skrg. konon nak jaga hubungan. tp org melayu tergadai.
apa kes???

Wednesday, August 25

buka pose kita-kita!

HARI: Jumaat

TARIKH: 20 Ogos

TEMPAT : Swiss-Garden Spa & Resort.

PROGRAM: Buka Puasa Kita-Kita


Untuk makluman kawan2 sekalian, saya telah mengikuti program tersebut. perjalanan yang agak menarik dan best mmg xdpt dilupakan. berikut merupakan cebisan dari ratusan gambar yang telah diambil pada malam tersebut.







Bergambar bersama kesemua peserta program!




kegilaan melihat bendera yang pelbagai warna membuatkan semua jd girang dan gambar ini pon diambil.sekian.




kesegakan jelas terpancar dari pose jejaka2 nie. dari kiri : Feroz, HANIFF yang kacak, Asyraf and Haris yg xpakai sampin(ala, slack sket la) ahaha.



k la semua pembaca, saya nak log out dulu. k2 semua kita bertemu semula. (",)

Sunday, August 15

bulan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

sekejap je rase da masuk hari ke-5 berpuasa.sedar x sedar je. hurm. biase la tuh. masa dan tarikh yg menjadi tanda pengukur untuk peralihan waktu dari satu ke satu hari. aku teringat blik ramadhan taun lepas. kalo x salah aku, aku start buat blog nie tyme bulan puasa la. mase tuh da nak dekat2 raya. hurm. da setahun da blog aku. eh??? blum lg la. xgenap lg. kita anggap birthday blog aku 27 ramadhan la. ahaha. amacam??? ade style x sambut birthday guna tarikh Islam?? ahaha.

aku sebenarnya nak tulis blog nie da jarang. sbb internet kat uniten terchenta tuh slow giler. so, kalo aku blik umah @ g cc ke. baru la aku update blog. sori ye kipas2 sekalian.. ahaks!

k la, nak kena out da nie. to all of u. selamat berpuasa dan selamat beramal!

Thursday, August 12

lame doe xjmpe ko. rindu beb!

rindu.lame xjmpe.ko pe cter skang??? nape da lame xkontek aku. itu antara ayat2 biase biler kiter jumpe member2 lama. itu termasuklah aku.huhu. baru2 nie. aku ade jmpe dua kwn sekolah aku. bdk batch aku. HARIS HILMI n HAFIEDZ a.k.a CHO. aku last jmpe Haris taun lepas. cho lak, mmg lame giler la. tyme abes SPM last jmpe die. huhuhu. dekat 4 taun gak la. huhuhu.



HANIFF si kacak n HARIS yg cool



CHO yg huha n HARIS yg jambu.ahaha.


masih lagi tersenyum!


tempat : KOLEJ kedua UPM.
situasi : berehat sebentar di gazebo setelah penat berjalan. (",)


hurm.tuh je kowt.seb baek la dpt jmpe dorg nie n dpt la g jln2 kat UPM. kalo x, mmg xde la nak g UPM tuh.huhuhu. k la, adios!

Friday, July 30

hadapi dengan senyuman

lama sudah aku tak update blog terchenta nie. rindu la pulak. hurm, masuk sem nie baru aku sedar yang aku mmg dak final year. pergh! keje byk giler seyh. asssignment xyah ckp la. dgn kene wat produk n jual. kene interview company. wat research pasal bank. kena wat iklan. jual barang kat internet. e.g: blog <---- nie aku suke, sbb cam sng je. ahaha.

sepanjang aku xupdate blog nie. mcm2 perangai org n dugaan dtg. masam manis sumer ade. tp terus terang aku ckp yg aku x suke part masam tuh.ye la, sape yg suka cuba angkat ibu jari kaki kanan????

mggu nie aku xblik umah. atas sbb2 tertentu. hurm, rindu gak la nak kua g merayau2 di kwsan luar Muadzam terchenta nie. hurm, anepshah. lek la. xde pape la. senyum k???
ahahaha. k la. aku nak out da.

Thursday, July 8

selamat hari tua ye kawan2.

7 julai 2010.

arinie birthday ijol n wan faruq. x sangka lak aku dak dua org nie same tarikh birthday. huhuh. ijol nie kire antara bff yang ade kat uniten nie la. masuk air style xnak kua dah. mmg GILA la. bukan gila2 tp mmg GILA. ahaha. byk gak la program dan xtvt yang buat same2 ngan mamat nie. ahaha.

wan faruq a.k.a ustaz mase induksi n orientasi. haha. mule2 aku igt die nie pendiam. rupe2 nye x. kecoh gak la. da la suke wat lawak bodo. tp die x gelak. wat cool je. tuh yg wat aku sakit ati je. ahaha. tp mmg enjoy la kawan ngan die nie. tersengih2 je. ahaha. aku igt lagi kalo tyme die maen game what? lawak nak mampos ley x. expression die la yg menambah perisa sumer tuh. huhuh.

korang nak tau x, sebenarnye aku nak post nie semalam. tp internet slow giler. nie bru la LAJU sket. huhuh. k la. yang penting, GERMAN kene menang. ahaha.


notakaki: esok klas kol 8 tp still xtido lg n nak tgk bola. ape yg jd esok, xtau la.ahaha. adios!

Saturday, July 3

berakhirnya orientasi 2010/2011

sesi orientasi bagi jun 2010/2011 sudah berakhir. itu membawa maksud bahawa semester 1 bagi jun 2010/2011 sudah bermula.esok , 4 julai menandakan kami semua kena pulang ke destinasi penting iaitu muadzam shah. hurm. so bored. tp duk umah pon bosan gak.

hurm. so far. pengalaman jadi fasilitator tuh mmg banyak la. penat. xyah cakap la. tido x cukup. under pressure for certain condition. sangat2 menguji. syukur sebab da lepas. hurm. aku jd biro makanan a.k.a MT for fasi. that's means kiteorng xde dpt group untuk adik2. so, semua adik2 adalah adik kiteorng. huhuh. <----- perasan.

hurm. hope so la dorg nie still ingat kat fasi2 and ape yg kiteorng ajar. yang paling penting ialah greet people. especially the older one. this is because the budaya is become disappear from day to day and batch to batch. that is why fasi is stress out about that kind of budaya.

Monday, June 21

minggu induksi sudah bermula

21 jun 2010
1:49 am

badan mmg penat la skarang nie kan. hurm, seb baek keje da setel. syukur2. huhuh. hurm, esok da start induksi.kalo ikut kat jadual. kol 5 pagi da kene bangun da. cayalah beb. mmg terbaik. huh. so, keje aku sbg BIRO MAKANAN pon keje bermula la. kene bagi dan susun makanan utk fasi seramai lebih kurang 80 org sepanjang mggu induksi. hurm, takpe la.hope so, pengalaman mase induksi ni sesuai dan boleh digunakan semasa orientasi. doakan semoga semua perjalanan program dan biro berjalan lancar.moga2 begitu lah.

k la. update kejap je.nak kene tido da.huhuh. gud nite everyone! adios!

Friday, June 18

bagai itik pulang petang!

jumaat
18 jun 2010

Saya, MOHD HANIFF BIN SHAHRI ber ID kan MT01**** akan melaporkan diri di UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) kampus Muadzam Shah selaku Fasilitator bagi pengambilan 2010/2011. justeru, saya akan bersedia utk mengambil langkah untuk pulang pada hari tersebut. walaupon saya agak malas dan xcukup cuti, saya akan tetap pergi ke bandar terchenta tersebut.

sungguhpon begitu, saya tetap jeles dgn kwan2 fasi saya yg laen sbb diorang cuti lebeyh 2 hari dari saya. yela, orang da bg jawatan. kena la pikul btol2. hurm. untuk makluman, beg2 pakaian serta brg yg perlu dibawa belum lagi siap dikemas.

takpe la.esok nak kene blik da. so, bjet nak tido awal la malam nie.huhuhu. good night!

Thursday, June 17

mengimbau kenangan zaman kecil.

esok da hari kames. jumaat da kene balik muadzam da. kejap je cuti aku abes. hurm. pastuh, bersedia lah untuk jadi ABG FASI. <--- xleyh blah btol. wakaka.

HANAFI HASHIM. lame giler la aku xjmpe mamat nie. td bajet nak lepak ngan atar je. tau2 ade org laen skali. mule2 xpasan la. rupenye, member gua mase zaman sekolah rendah dulu. wooo, lame beb. last jmpe time darjah 6 dulu. huhuh. muke xbyk berubah. tp ok la. da mature. xlah gila cam kecik2 dulu. ahaha. so funny to think back again.! igt laen perangai2 hanafi nie mase kat sekolah. da la salu kene marah sbb nakal, degil sumer la. die la org nye. xde pon org laen mase tuh. haha. lawak je.

hurm. byk gak la sembang ngan dak2 nie. aku pon sbnanye da lame xjmpe mamat nie. ye la, cuti mane nak same. bengong tol sistem cuti kat uniten. xpenah nak same ngan u laen.
kol bape la aku nak tido nie. cam malas je nak tido awal. takpe la. nti2 ade mase aku update la ahaha.

Monday, June 14

7 hari bercuti!

1.38 a.m.
kota damansara

cuti kali nie. aku xtau nak wat pe. tp yg pasti, aku da selamat smpai kat umah akak aku. esok aku nak kua ngan family g OU kowt. ahaha. lame beb aku xg sini. mau dkat 4 bulan. ahaha. tyme cuti2 nie, mmg byk la org wat kenduri kawin. mkn nasi myk je. tp hari nie aku mkn sedap sket. eheh. ikan patin. sedap woo. da la nyibuk kat tmpat pengantin makan. ahaha. lagi satu, aku suke giler udang. sedap woo. huhuhuh.

kat tepi highway nak g KL. ade tempat mandi best. HUTAN LIPUR LENTANG. lepak jap je kat situ. makan nasi bungkus. huhuh. cuti2 nie ramai la yg g berjalan2. esp, tmpat cam hutan lipur. huhuh. game Germany vs Australia blom start lg. jap lg start la.

esok aku nak wat ape ek?? huhuh.krisis kewangan da la makin ketara. kalo dapat berbelanja pon ok da.ahaha. k la.

Tuesday, June 8

OT, perjalanan kau masih jauh.

fuh! da setel da satu paper td. pade aku, ok la. nak kate susah, lec da byk tolong da. tp td aku x cukup mase la. siyes. kalo x ley la ngarut lame sket. ngahaha.

hurm, jumaat nie lg satu paper. esok bdak akaun abes la paper utk sem nie. best tol dorang. xyah nak tggu lame2 utk cuti. huhuh. ptg td sumer bantai tido lame x agak. mane x nye, da la ujan. mmg best la kan tdo. huhuh.

chapter yg masuk utk paper OT ade 5 chapter. aku baru wat 1. 4 more chpter to go beb! ahaha. cayalah.gudlark bebeh.

Monday, June 7

silent please!

pernah x korang rase sunyi giler? hurm, kalo tanye kat aku. aku ade je rase sunyi. tuh pon ade byk sebab. 1st, kalo korang tgk jam kol 3 pagi n korang still x tido lg, mmg la sunyi. btol x?? ahaha.
lg satu kalo korang duk sorang2 kat umah tanpa ade laptop n tv + hp lak xde line <---- (lg la bengang). sape yg x sunyi. angkat ibu jari kaki kanan? ahaha.

hurm, kekadang sunyi tuh nikmat. betol. sebab mase tuh ko akan rase rilek n ko xyah la nak pk pape sangat. huhu. ade orang yg biler duk sorang2, mcm2 la pk. citer hantu la, pontianak la. dracula la. macam macam.

OD = chapter 14 smpai 21. gudlark la beb!

time: 2.16 pm.
mood: malas giler

esok pagi aku ade exam. paper OD. tp sehingga sekarang, aku masih lagi kurang ilmu ttg OD. amacam beb?? nak kene gak study nie. hurm, nak suh makan, da makan da. tp bab study nie, kureng sket. huhu.

budak account da abes satu paper. ok la. xyah nak ngadap paper lagi. tggal tggu result kua je.ahaha. tp aku? blom lg. selagi masa masih ade, gunakan la sebaiknye. k la, doakan aku berjaya men'SKOR'kan A utk due2 paper nti. amin!

Saturday, June 5

berakhir sudah memori

kisah kau dan aku sudah berakhir. mungkin tidak ramai yang tahu mengenai kisah ni. tp elok la begitu kerana beliau tidak suka ceritanye di gembar- gemburkan. huhuh. kisah ini bermula tidak lama dahulu.

di dalam satu tempat, si lelaki ini telah berkenalan dgn si gadis. pada mula nye, hanya lah kawan di facebook. biaselah macam product life cyle gak la. lepas da knal kat fb, mtk skype la pulak.
ahaha. mau x mcm tiap2 hari lak ngadap skype tuh. ntah sembang pasal ape pon xtau.

hurm, tiba la mase nak raya. sblom nak blik cuti tuh, si lelaki nie mtk la num phone gadis. mule2 gadis xnak bg; yela, ko giler ke bg num kat ntah sape2. then, hubungan kawan dorg nie dalam stage GROWTH la. ok la what? haha. makin advanced.

hurm, setelah lame punye kenal. <--- (kononnye due2 da jmpe soulmate la). ahaha. amacam best x citer nie?? dorang pon kapel la. ala, cm biase la. kalo laki ngan pompuan kawan --> pastuh kapel ---> pastuh tunang ----> kawen! yeah! that it. itu namenye kehidupan yang standard.

ok2, sambung blik. biler da kapel nie. dorang wat la bende same2 ; kate orang bau kentut pon wangi. ahaha. rupenye dorang nie xley nak cope antara satu sama laen. asek nak gadoh je.
kejap baik, kejap gadoh. ish3.

setelah sekian lame berKAPEL, dorang rase cam x ngam je antara satu same laen, dorang pon amek keputusan utk terus berkawan je. ok la. dari jd musuh. huhuh. dan itu lah cerita tentang kau dan aku, saya dan awak, bee ngan dear, syg ngan abang and so on. full stop!

ape nak tulis da?

waktu sekarang : 12.28 tgh hari
hari nie hari : sabtu
mood skrg : aku pon xtau ; bosan kowt.

next week da start exam. paper aku ari selasa dan jumaat. 1st paper Organizational Development n Change (ODC). lagi satu paper Organizational Theory (OT). hurm, baru la stdy sket2 utk exam nie. tuh pon byk gak x igt.

lame da aku x tulis kat blog tercinta nie. maybe xde mood kowt. hurm, korang ade xtgk citer ANAK MAMAK MENANTU MAMI ? huhuhu. best woo citer tuh. klaka pon ade gak. watak Jabar tuh style la. ahaha.

aku suke quote nie "takpa, takpa, tarak pa" - Jabar said. style doe. ahaha.


Friday, May 21

aleeyah, my niece!

esok 22 may.birthday niece aku yang ke 2 tahun.kejap je aku rase da besar da budak kecik+comel tuh.da la suke nyakat orang, lg2 adik die sendiri.sian kat auji.ahaha.what to do kan? da lumrah yg tua suke kaco yg muda. hurm. jap lagi baru aku nak grak blik segamat. now i'm in MUADZAM terchenta! ahaha.

to aleeyah, cepat2 sket cakap.nti boleh sembang2.ahaha.k la, see u kat SEGAMAT.
HAPPY BIRTHDAY ALEEYAH!

Sunday, April 11

happy birthday!

10th april 2010. birthday aku yg ke 21.fuh! da tua da aku rupenye.ish3.kalo kawin, da dapat anak da.ahaha.tp mmg tidak la nak kawin skang.huhuh.

birthday taun nie sedey sket. aku kene flu n sakit tekak. cam demam pon iye gak. sedey siot! =( tp takpe la. aku ade ckp kat mak aku yg aku nak ajak g mandi air terjun kat gunung ledang. best woo situ. tp da lama aku xg. dlm 2 taun kowt.huhuh.

hurm, mak aku pulak.xnak bg aku mandi air sejuk.die plan la nak bwk g PD.bapak la jauh.aku da pelik da ttbe nak g jauh.huhuh.aku pon set je la.padehal tau pasal plan tuh dlm kete.hurm, follow je la.dlm perjalanan, kiteorng benti makan kat Tampin.

makan pon da setel, ttbe mak aku ckp nak g Melaka lak.hurm, ikut je la. g Jusco ke, dataran pahlawan ke.mane2 je la. sesampainye di ayer keroh, nampakla banner tulis ade PC FAIR kat MITC.

lepas tuh, mak aku : kita g je la PD. ley g Blue Lagoon. at last, aku mandi kat sane. ahaha. pada aku, birthday tahun nie mmg best!




Thursday, April 8

2 hb 4. bergerak ke Kuala Lumpur.

jumaat-2 april. aku memulakan perjalanan ke kuala lumpur. dengan menaiki bas transnasional. tiket bas pada jam 11 pagi. untuk pengetahuan korg, aku kene g sendiri ke tmpat menunggu bas kat buloh kasap. dalam pada nak g ke buloh kasap tuh. aku selisih la ngan teksi. die benti la. aku naek je. tau2 die igt yg aku nak g segamat. (arah yg bertentangan dgn buloh kasap). tp, die still anta la. tp, sedeyh. kene caj mahal. RM2 tuh die ketuk aku. padehal harga tuh same cam aku g segamat. kuang ajor tul. malas aku nak argue. aku pon bayar je.

mase naik bas. da nak sampai kl da tyme tuh. aku tepon la akak aku.

kak long: bas tuh benti katne?? kat pudu ke?? bkn ke pudu da tutup??
aku: la yke?? xtau la pulak. hmm, xpe. pandai la ep g kat mane2 lrt nti.


aku pon da pk blik. nape la akak aku xckp awal2 ke aku tnye org ke dulu. hurm. at last, ok je. turun kat pudu gak. biler ntah nak ttp. aku pon xtau. huhuh.
biler da smpai kl. aku naek lrt kat pasar seni utk g ke kelana jaya. then, akak aku amek utk g tukar duit kepada rupiah.

tukar duit kat the curve. seb baek ley tuka. kalo x, payah gak nak cari money changer ptg2 cmtuh. biler da jmpe ngan mak aku, aku da rilek sket. sbb aku mmg nak jmpe die dulu b4 naek flight ke jogjakarta.huhu.

k la dulu.nti aku tulis lg pasal ape yg aku dpt mase aku ke jogja.huhuh.

Saturday, March 13

terima kasih tuhan.

alhamdulillah. lega dah rasenye. ujian sijil rendah sudah selesai. sekarang nie nak bersiap untuk menghadap makan malam n final exam. huhuh. syukur sgt2 td. mmg xdisangka. cuma aku xmenggunakan peluang yang ade dgn sebaiknye. takpe la. da lepas da pon. kene igt BERSAMA DAN BERSATU.

(mode: dgr lagu miasara - papadom)

suke doe dgr lagu nie. hurm, yob pantai xdpt msuk quarter pon tahun nie. tapi xpe la. xde rezeki. walopon aku xde td sbg pemain. cet! bajet terer je. ahaha. dan juga sebagai penyokong. aku tetap mendoakan yg terbaik buat yob pantai.

dengan adenya team pom2 yg agak ramai. peminat yang agak ramai byk membantu.huhuh. lawa woo gambar geng pom2. (yg gambar jersey tuh). huhuhuh.

Friday, March 12

12 mac. ko tiba jua.

12 mac 2010. genaplah 13 tahun arwah ayah aku kembali ke rahmatullah. semoga roh ayah aku tenang di sana. rindu la kat ayah aku. ye la. mase tuh aku kecik lagi kowt.

hurm, ari nie gak aku akan ke kuantan. untuk menduduki ujian sijil rendah. semoga ape yang aku pelajari selama nie dapat dipraktikkan dalam ujian tersebut. amin.

malam nie ujian teori. esok pulak ujian praktikal. semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Monday, March 8

kan best kalo senang paham

"sudah terang lagi bersuluh"
ayat nie senang je nak explain. bende ade kat depan mata, kene la amek cepat2. xyah la sibuk nak suh org laen tuhjuk lg. da terang2 ade kat depan mata.

"mulakan dengan perubahan sendiri, baru boleh memimpin perubahan org lain"
ok.nie mmg terang2 suh kita berubah. walopon kita berubah sikit, tp tetap berubah. ke arah kebaikan. pada aku, manusia skang nie mmg berubah. tp byk yg berubah ke -ve side.

so, kesimpulan nye. ko kene amek tindakan segera. paham? ahaha.

Friday, March 5

kan bagus kalo uniten nie betol2 kat belakang umah aku.

merujuk kepada tajuk post kat atas, (tetiba). aku sebenarnye terpikir kalo2 betol la yang uniten kat belakang umah aku. tapi kan, bende tuh akan jd dlm dua pilihan.

1) umah aku pndah ke MUADZAM SHAH. ataupon
2) uniten pulak pindah kat SEGAMAT.

tp, biler aku cek balik. blakang umah aku ada paya je. kat celah mane lak nak bubuh uniten nie. nak letak AB pon xmuat. apetah lah kalo ade AA, AB, AUDI yg besar tuh. jap2, BALAI ISLAM n LIBRARY. waduh, parah2. xnak la letak belakang umah aku. serabut je nti. da la student uniten nie mcm2 perangai. ahaha. abes la pokok durian aku kat blakang umah. sedey. ahaha.

tp tuh sumer hanya mimpi dalam mimpi je la. ko kene la terima hakikat yg UNITEN nak naikkan yuran apartment. aku je yg ttbe rase nak duk kat segamat je. n ulang-alik-tanpa-pikir-duit-minyak. ahaha. k la.

Friday, February 19

uiam gombak.esok aku sampai sane.kite jmpe ok?

ok.jam da pukul 12.50.aku still xtido2 lagi.padehal da ngantok lame da.ttbe tangan aku gatal bukak mozilla. then, terus bukak blogger.com. dem! mmg aku update blog la gayanye.ahaha.

sok pagi kene bgn awal.nak breakfast ngan big boss.dak2 nie la mtk, aku set je.ok pe g breakfast same2.eventhough, aku da jmpe die tadi.huhuh.kol 7 lak tuh g breakfast.huhu.semoga aku xngantok mase makan esok.ahaha.

situasi: dalam van.
ANEP merancang untuk tido sepuas-puasnya.ahaha.moga2, rancangan beliau akan berjaya.tanpa sebarang gangguan, beliau dapat merehatkan mata dalam tempoh masa yg lama.huhuh.

camne la program kat sane nti ek.aku arap sumer ok la.xde pape masalah.huhuh.
hurm, k la.aku da ngantok btol nie.xtipu punye.huhu.k2, adios.gudnyte!

Wednesday, February 17

esok nak balik segamat + buat pasport!

esok hari rabu. aku nak blik segamat sampai hari khamis. atas alasan nak wat pasport. actually, aku nak jmpe adik aku. lame gak la xjmpe die. lgpon die ngah cuti sem nie. aku pon dpt jmpe die kjap ok la.

Pasport Malaysia Antarabangsa untuk Tempoh 2 Tahun dengan Kadar Bayaran RM100

Kelayakan

Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia. (yeah! aku org malaysia)

Jenis Permohonan

Permohonan untuk PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun hanya diberi kepada kategori berikut sahaja:


· Permohonan kali pertama (aku 1st tyme nie nak wat)
· Gantian beserta buku

Nota

Tidak termasuk kes kehilangan/kerosakan. (xpenah wat cmne ley ilang or rosak)

Bagi permohonan gantian PMA kerana kes kehilangan atau ada kes siasatan yang diberi kelulusan dengan tempoh sahlaku yang dihadkan, pemohon perlu membayar harpa pasport dengan kadar biasa iaitu RM300.00 untuk pasport 32 mukasurat atau RM600 untuk pasport 64 mukasurat. (ok2, aku tau. pasport tuh kene jaga leklok)

Tempat memohon

Permohonan boleh dikemukakan di kaunter di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia (termasuk Ibu Pejabat, Putrajaya). (naseb baek kat SEGAMAT ade pejabat imigresen.xyah g jauh2)

Kemudahan ini tidak disediakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di Seberang Laut.

Tempoh Sahlaku

Sahlaku selama 2(dua) tahun dari tarikh dikeluarkan. (ko kene igt anep, DUA tahun je sah)

Pemohon yang memilih untuk menggunakan PMA 32 mukasurat dengan tempoh sahlaku dua (2) tahun tidak akan diberi Lanjutan Tambah Tempoh (LTT) semasa memohon pasport gantian yang belum tamat tempoh sahlakunya.

Bayaran

RM100.00 sahaja. (nie yg aku syg MALAYSIA nie.harga pasport da makin murah.ahaha.syukur2)

Bagi pelajar yang mendapat tawaran belajar di luar negara dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dikenakan kadar bayaran sebanyak RM 100.00.

ok.post nie da abes.moga2 senang la urusan aku masa nak wat nti.k2.aku nak tido da nie.

Sunday, February 14

2nd day on holiday!

sunday .it is a great day for all people b'coz people tend to have their own leisure time during this day. futhermore , people would be in good condition after 5 day of working in weekdays. bt, i got kelas kemahiran as preparation for the Ujian Sijil Rendah that will be held on 13 n 14 march. hopefully, my sacrifice towards it are worthy. AMIN.

we have to be more confident in defensive ourselves. that can be include the attacking style from nowhere. therefore, we have to be more prepared. apis mau (my housemate) didn't go back to ipoh for the holiday. maybe he didn't want to. i think.

actually, i felt very sorry for b'coz i cannot spend more time with him during this holiday due to the schedule of the kelas kemahiran. Ya ALLAH, please help me in order to be more confident and be more faithfull. AMIN.

that all i want to share in this post.

p/s: AKU XTAU LA NAPE TTBE AKU NAK SPEAKING.AHAHA.

Friday, February 5

duit, duit, duit dan duit!


aku suka dgr lagu abba nie. yela, die citer pasal duit la. duit tuh ape ek? nape la penting dlm kehidupan kita? ish3. ape yg aku blaja, duit tuh sbg alat je utk urusniaga. jd kalo xde duit, xde la urusniaga.

Money, money, money
Must be funny
In the rich man's world
Money, money, money
Always sunny
In the rich man's world
Aha-ahaaa
All the things I could do
If I had a little money
It's a rich man's world


hurm, camne la kita nak menghadapi hari2 mendtg kalo xde duit. huhuh. aku salu tgk kat tv org melayu nie kaya je. keje kat ofis jd bos. tp realiti nye, btol ke org melayu cmtuh???
hurm, aku xde la mengharap ape2.tp kalo boley. aku xnak la ade masalah duit yg teruk. sket2 tuh biase la. *biler la aku boley jd KAYA nie.ehehe.

lega rasenye biler sumer benda da cakap

hurm, aku xdpt bayangkan betapa lega + syukur sebab akhirnya aku dapat berkata-kata. walaupon susah, aku telah melepasi tahap tersebut.syukur sgt2.

tapi pada aku, jgn la hepi lame2 sgt. nti ade benda xbaek la berlaku. so, kite kena la beragak-agak. bak kate org, BERSEDERHANA KAN BAGUS!. xgitu? ahaha.

actually, aku suka hepi2 nie. yela name blog pon enjoy life. WARRGGGHHH! aku rindu lak kat sungai kampar. best woo mandi kat situ. rase rilek sgt2. kan best kalo kat belakang umah aku ade sungai camtuh.ahaha.(*tetiba)

Monday, February 1

apehal la ko nie bebal sangat?

kelas da masuk kelas yg ke empat.tp ko still lg xdpt ape yg org ajar. pada aku, tuh mmg bebal pon. kira lembap la. kate budak U. mesti la pandai. hurm, aku pon xtau ape nak jd. terok betul. da la xbersemangat + xde kesungguhan + xsteady langsung. ape nak jd ntah. ish3. pengetahuan pon sikit je.ko kena la usaha lebih sikit. kate nak berjaya. xkan xsanggup nak berkorban?

p/s: kisah di atas tiada kaitan dgn pembaca. harap maklum.(citer pasal aku sebenarnya.hehe..)

Thursday, January 28

kalo la kita tau ade dugaan kan senang!

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

hujan - dugaannya.

aku suka dgr lagu nie. yela, die citer pasal org ngah ade masalah. aku pulak mmg ade masalah, tp aku akan cuba selesaikan satu2. cayalah lu mat! ahaha.jgn smpai stress suda.

hurm, aku pon xde bnde nak taip. kang karut-marut-melalut lak aku taip. so, k la.

moga2 aku sihat sejahtera! amin.

Friday, January 22

sepi (versi teater)

setelah sekian lama. akhirnya, aku dpt gak on9 dgn laju+puas hati-girang-gumbira. sebab xde org kat uniten. sumer da blik umah. aku stay back smpai ahad nti sbb ade urusan silat cekak. (love it). ahaha.

duk sorang2 nie ade yg takut, tp pade aku ok je. asalkan aku dpt berhubung ngan dunia luar.

p/s: hp aku ley gune, maxis n celcom ade line, tenet laju pulak (tetiba..ahaha), tv ade citer best2, laptop berfungsi dgn penuh jayanye.

kalo sumer yg diatas bekerjasama ngan aku. hidup aku terasa kurang KESEPIAN.

ape lg haaa aku nak tulis? ntah la weyh, kalo xde bnde nak taip. baik aku post je. ahaha. tuh pon kalo ade org nak bace la. wahaha.